Apakah 2 sebab utama berlakunya pancutan pramatang?
Sensitivity Melampau pada kepala zakar anda yang
menyebabkan mekanisma pancutan di dalam badan anda
menghasilkan KEKEJANGAN.. Kekejangan ini menyebabkan
keinginan melampau untuk pancutan. Pada ketika ini
pancutan tidak dapat dihalang lagi. Keinginannya
terlalu melampau hinggakan tiada buku, video, teknik
atau senaman yang boleh menghalangnya.
Keberahian yang Terlalu Tinggi disebabkan oleh
kelenjar seks yang terlalu aktif. Hormon mengawal
ksemua bahagian seksual anda —Daripada keberahian
hinggalah ke pancutan. Apabila anda merasa berahi,
kelenjar seks dengan pantas akan mengepam hormon ke
saluran darah anda. Pancutan pramatang berlaku
apabila tahap hormon seks anda menjadi terlalu
tinggi. Hormon anda menjadi tidak seimbang dan anda
TIDAK AKAN dapat mengawal pancutan anda.
Oleh itu apakah penyelesaiannya???
|

PL SUPERGEL™
akan menenangkan sensitiviti melampau
itu. |
PLSUPERGEL DIGUNAKAN KHAS UNTUK
LELAKI TAHAN LAMA
100% HERBA BUATAN TEMPATAN
BAGAIMANA
PL SUPERGEL™
BOLEH MENJADI BEGITU.....SUPER?
Beginilah
caranya bagaimana
PL SUPERGEL™
bertindak...
PRESTASI YANG MEMBANGGAKAN DAN KEPUASAN ... Serta -
Merta!
|
Kini anda mampu beraksi dalam tempoh yang panjang
untuk merasai cengkaman pasangan anda apabila dia
mencapai orgasm! Persiapkan diri anda dan perangi
masalah fizikal yang menyebabkan pancutan pramatang.
Ianya adalah satu produk yang amat berkesan, ianya
akan membolehkan anda memuaskan pasangan anda dengan
permainan yang cukup lama! Bahkan anda akhirnya akan
berjaya membina KAWALAN SEPENUHNYA ke atas pancutan
anda— dengan usaha anda sendiri — yang akan bertahan
seumur hidup anda..
Anda Pasti Berjaya ... Itulah Jaminan
Kami!
Tanya Diri Anda Sendiri 3 Persoalan Ini:
1. Adakah anda mahu bertahan selama mana yang ANDA
mahu, dan menikmati, menikmati kesemua aspek
hubungan seks yang hebat, tanpa perlu memikirkan
sama ada anda mampu bertahan?
2. Adakah anda mahu bertahan cukup lama untuk
memberikan kenikmatan maksimum kepada pasangan anda,
merasai cengkamannya apabila anda memberikannya
orgasm berganda?
3. Adakah anda mahu menamatkan kekecewaan dan keaiban
pancutan pramatang…UNTUK SELAMANYA?
Oleh itu dapatkan PL SUPERGEL™ sekarang juga. Anda
akan melihat sendiri —TANPA RISIKO— Bagaimana produk
ini akan melambatkan pancutan anda, menambahkan
ketahanan seks anda, dan memendekkan masa pemulihan
tenaga anda.
Ianya selamat, asli dan tanpa risiko. anda akan
berpuas hati, dan anda akan dapat merasai hubungan
seks terbaik dalam hidup anda, kami jamin !!!!
Berikannya ketegangan paling keras dan paling lama
yang pernah dia rasai!!
Ejakulasi pramatang masalah lelaki
`seminit'
SEJAK penemuan pil biru yang dianggap
ajaib kira-kira lapan tahun lalu, telah
banyak yang diperkatakan tentang masalah
kesihatan lelaki, disfungsi ereksi (ED).
Sebenarnya, banyak lelaki yang kini
mengalami masalah lebih serius - malu
berjumpa doktor (kerana mungkin
menganggap diri mereka tidak macho jika
berbuat demikian) - menderitai ejakulasi
pramatang berbanding ED.
Ejakulasi pramatang lebih popular
diungkapkan sebagai PE (premature
ejaculation) sahaja.
Tidak seperti ED yang lebih banyak
ditemui di kalangan veteran, PE
merupakan aduan disfungsi seksual paling
utama terutamanya di kalangan lelaki
muda berusia 40 tahun ke bawah.
Malah, lebih ramai lelaki berpelajaran
tinggi yang menghidapinya. Lebih
menyedihkan, ia turut menjejaskan
potensi pasangan untuk mendapatkan
zuriat.
Mari kita lihat dan dengar apa masalah
sebenarnya dengan gangguan kesihatan
lelaki yang satu ini.
``Suami saya mempunyai banyak persamaan
dengan superman... kedua-duanya begitu
cepat.
``Malah, ia selalunya berlaku sebelum
pun sempat saya memasuki bilik tidur.
``Kadangkala, dengan hanya mencakar
belakang saya, dia sudah mencapai
klimaksnya.
``Ada ketikanya saya merasakan seperti
bank sperma sahaja, dia buat deposit dan
pergi begitu sahaja.
``Pernah tengok arnab berlari? Mula dan
tamat! Macam tulah.
``Saya pernah menyuarakan untuk
menemaninya berjumpa doktor, ada sesuatu
yang boleh dilakukan berkenaan
dengannya.
``Tetapi dia enggan dan hanya tahu
meminta maaf serta mengulangi janjinya
untuk berusaha lebih di lain masa,''
begitulah lebih kurang kehampaan seorang
isteri yang mana suaminya bermasalah PE.
Menurut Pakar Runding Psikiatri
Klinikal, Jabatan Perubatan
Psikologikal, Pusat Perubatan Universiti
Malaya, Dr. Jesjeet Singh Gill, PE
didefinisikan sebagai satu keadaan di
mana lelaki memancutkan air maninya
terlalu cepat, sebelum masanya.
``Klimaks selalunya mendahului kehendak
lelaki itu sendiri mahupun pasangannya
sehingga tidak sempat memberikan
kepuasan kepada si isteri.
``Tiada piawaian perubatan atau rangka
masa tertentu, satu minit sehingga
berapa lama sebelum ejakulasi kerana ia
bergantung kepada faktor spesifik bagi
setiap individu,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat
media menguruskan seksualiti lelaki
anjuran Persatuan Andrologi dan Kajian
Penuaan Lelaki Malaysia dengan kerjasama
Persatuan Psikiatri Malaysia di Petaling
Jaya, baru-baru ini.
Adalah dianggarkan antara 35 hingga 40
peratus lelaki yang mendapat rawatan
masalah seksual ada mengadu tentang PE.
Menurut Dr. Jesjeet, terdapat lelaki
yang belum lagi memulakan persetubuhan
telah keluar air maninya manakala
sebahagiannya lagi sebaik sahaja
memulakan hubungan seksual tidak sampai
seminit.
Kajian menunjukkan, PE paling kerap
berlaku di dalam tempoh dua minit
selepas penetrasi manakala selebihnya
sama ada lebih cepat atau mampu bertahan
lebih lama dari itu.
``Sepanjang hidup lelaki, tidak kurang
yang pernah mengalami kesukaran untuk
mengawal ejakulasinya sehingga
menyebabkannya berlaku terlalu awal.
``Keadaan ini terutamanya benar bagi
pengantin baru yang mahu melayari
bahtera buat kali pertama dengan
pasangannya sama ada kerana terlalu
bimbang atau terlalu teruja,'' katanya.
Sebilangan besar daripada mereka
kebiasaannya dapat menyesuaikan dirinya
dalam masa beberapa minggu hingga bulan
dengan bantuan psikologi meredakan
tekanan.
Bagaimanapun, PE yang berlaku terlalu
kerap sehingga mengganggu hubungan suami
isteri menandakan satu masalah
perubatan.
Doktor lazimnya mengklasifikasi PE
kepada primer dan sekunder.
Primer - terjadi apabila lelaki
mengalami masalah ini sejak mula
melakukan hubungan seks.
Sekunder - mengalami PE setelah
menikmati hubungan kelamin yang tidak
pernah bermasalah sebelum ini.
Dalam kes tertentu, PE ada kaitannya
dengan ED di mana semangat untuk
mengekalkan ereksi sebaliknya mungkin
berubah corak kepada ejakulasi yang
tergesa-gesa.
Dr. Jesjeet berkata, terdapat banyak
faktor yang menyumbang kepada PE,
lazimnya disebabkan oleh punca-punca
psikologi.
``Pakar perintis dalam penyelidikan
seksual percaya, corak PE adalah tindak
balas yang dipelajari.
``Pengalaman seksual kali pertama
seseorang lelaki dipercayai memainkan
peranan penting dalam membentuk tabiat
ejakulasi pada masa depan,'' katanya.
Lebih-lebih lagi, bagi lelaki yang mahu
lekas menamatkan `permainan' dan
mencapai orgasma bagi mengelakkan
perlakuan tersebut terbongkar atau
diketahui orang lain.
Situasi atau tempat yang tidak sesuai
(rasa bersalah) seperti di dalam
kenderaan, di rumah ibu bapa, mengadakan
hubungan intim terlarang dengan bukan
pasangan sah atau pelacur, turut
menyumbang kepada PE.
Justeru, lelaki berkenaan gagal untuk
melambatkan ejakulasinya di kemudian
hari.
Dalam pada itu, walaupun tahap hormon
tertentu dan sensitiviti (kegelian)
berlebihan pada alat sulit lelaki
merupakan sebahagian faktor biologi PE.
Ditanya sama ada PE berkaitan dengan
penyakit serius lain seperti halnya ED
yang ada kaitannya dengan penyakit
jantung, PE mungkin menandakan penyakit
berkenaan prostat seperti prostatitis.
``Terdapat keadaan tertentu yang boleh
mengganggu proses ejakulasi seperti
perubahan kelenjar prostat,
arteriosklerosis, diabetes dan gangguan
neurologi.
``Apa pun, kebanyakan masalah PE adalah
berpunca daripada masalah psikologi yang
menyebabkan kegagalan mengawal tindak
balas ejakulasi,'' ujar Dr. Jesjeet.
Dialog seperti di bawah merupakan satu
senario biasa bagi pasangan yang
menghadapi masalah PE apatah lagi jika
si suami berdegil tidak mahu menjalani
pemeriksaan lanjut.
``Abang mementingkan diri sendiri, hanya
memikirkan keseronokan seorang sahaja.''
Si suami akan terus meminta maaf dan
berasa serba kekurangan kerana tidak
dapat menjalankan tanggungjawabnya
dengan sempurna tetapi dalam masa yang
sama, tidak mahu berjumpa doktor.
Dia mula berasa bimbang dan takut:
``Adakah aku mampu memberikan kepuasan
kepada pasangan, adakah aku akan
dimalukan?''
Cumbuan dan sentuhan agak terbatas
sebelum memulakan perhubungan jenis
kerana lelaki bimbang menjadi terlalu
terangsang lantas mempercepatkan
ejakulasi.
Lama-kelamaan, lelaki akan mengelak
daripada melakukan hubungan kerana
bimbang gagal dan akhirnya suasana tidak
mesra terbawa-bawa di luar bilik tidur
juga.
Cubaan untuk melambatkan ejakulasi di
samping kebimbangan yang menjadi-jadi
juga mungkin akan menimbulkan masalah
lain pula kepada suami - langsung tiada
ereksi.
Tidak mustahil, pasangan akan menuju
keruntuhan rumah tangga serta berdepan
masalah hubungan sulit.
Dari segi rawatannya, kata Dr. Jesjeet,
pesakit biasanya akan diberikan
kaunseling dan terapi tingkah laku pada
peringkat awal.
Antara teknik yang biasa diamalkan oleh
pesakit PE adalah:
* Meningkatkan daya ketahanan dengan
mengekalkan ereksi walaupun telah
mencapai ejakulasi
* Mengurangkan rangsangan mental dengan
menumpukan minda terhadap
perkara-perkara membosankan sambil
mengawal pergerakan alat sulit supaya
dapat melengah-lengahkan masa daripada
mencapai klimaks awal
* Menggunakan bahan penggosok yang dapat
mengebaskan zakar menyebabkannya menjadi
kurang sensitif, seterusnya melambatkan
ejakulasi (emphasis added - webmaster)
* Bersetubuh selepas suami beronani dan
melakukan persetubuhan selepas mencapai
ereksi kedua, sekali gus memanjangkan
masa agar isteri mencapai orgasma
* Teknik picit; isteri membantu suami
mengawal ereksi dengan memicit zakarnya
ketika mahu mencapai klimaks
* Teknik henti-mula; suami menghentikan
pergerakan zakar dalam faraj dan isteri
tidak mengemut.
Jika masih gagal, ubat antidepresen bagi
mengubati kemurungan iaitu serotonin
specific reuptake inhibitors (SSRI) yang
dikenal pasti melambatkan ejakulasi
dapat membantu.
Bagaimanapun, ubat-ubatan berkenaan yang
perlu diambil pada setiap hari bagi
meningkatkan tahap keberkesanannya
mempunyai kesan sampingan tersendiri.
Dr. Jesjeet menegaskan, paling penting
dalam merawat permasalahan ini mahupun
lain-lain gangguan seksual adalah
komunikasi berkesan antara kedua-dua
pasangan kerana ia bukan kehendak
sesiapa.
``Walaupun sesetengah orang menganggap
seks bukanlah elemen terpenting dalam
menjamin sesebuah perkahwinan tetapi
hakikatnya, ia tetap penting,''
tambahnya.